rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

sahabatku

assalamualaikum,, :)
seram ye tengok ayah tengah panjat bumbung >.<
hati-hati ayah!!! ^o^

hoho,, sorry lah ye masa tu,, broken link kejap.. O.o nape korang tgk cik Ariira yg comel semacam je O.O" menakutkan lah weyh~ ni mesti korang tak jadi pembaca tegar blog cik ariira ni ;/ tak pe saya tau blog ni tak secantik korang.... :P

haha xD
ape pon tujuan saya tulis ni bukan nk ngada2 ke hape!! ye~ tu lah adik saya tu dia yg taip.. tak tau mcm mane an.. bru bape tahun dh pandai taip lappy >"< ape pon dik akak tetap sokong adik heeeee~~ :D ayat terpaksa...

saya nk kongsi cerita yg saya tulis je... ok ok just bape perenggan je kot !
hoho hanyatilah ~ give a comment about it!

SAHABATKU
angin bertiup memecahkan keheningan malam itu, menjadikan suasana yang semakin hiba. disitulah tempat aishah melepaskan segala masalahnya. sambil termenung dia berfikir "apakah yang sudah aku lakukan sehingga mereka enggan lagi bersahabat dengan aku?" persoalan itu semakin rancak bermain di kotak fikirannya. fikiran aishah terimbas kembali kepada peristiwa yang asyik difikirkan olehnnya.

.......................................................................................................................................................

di sekolah aishah sangat terkenal dengan sikapnya yang baik hati. aishah juga mempunyai dua orang sahabat karibnya yang bernama Lisa dan Kumaira. mereka bertiga sangat rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka bertiga pasti akan pergi sekolah bersama, keluar rehat bersama, malah pulang dari sekolah juga bersama. Pernah suatu ketika semasa Lisa dan Kumaira keluar rehat bersama tetapi tidak bersama Aishah, pasti ada saja rakan sekelas yang lain akan bertanya kepada mereka dimana aishah ? mengapa tidak rehat bersamanya? kamu bergaduhkah? ada saja soalan yang diajukan kepada mereka. begitulah betapa eratnya hubungan mereka bertiga sehingga ada yang melabelkan bahawa ada lisa ada kumaira, ada kumaira ada aishah. hubungan mereka sangat rapat sehinggalah ada satu insiden yang tidak disangka oleh aishah, suatu pagi di dalam kelas mereka, kumaira berkata kepada aishah "kamu ini kenapa hah nak cari pasal dengan saya saja sejak tadi! aishah berkata "tapi saya tidak buat salah dengan kamu pun". kemudian lisa berkata " ya betul kata kumaira kamu ini memang sudah menyakiti hati saya sejak dulu lagi, saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap kamu yang sebegini"."tapi apa salah saya terhadap kamu berdua." aishah berkata. kemudian ada suara lain yang menyampuk "bukan itu saja kami semua yang ada di dalam kelas ini juga sudah muak dengan muka kamu di sini, kami benci dengan kamu aishah!" tapi apa salah saya dengan kamu semua, saya tidak faham, mengapa semua ini berlaku? apa yang sudah saya lakukan? tolong lah terangkan kepada saya apa yang sudah berlaku di sini? aishah berkata. kemudian aishah meluru ke tandas dan menangis teresak-esak. kumaira berkata " kita seperti sudah keterlaluan dengannya bukan?" "ah! kalau kamu sudah memaafkan kesalahannya kepada kita semua, aku tidak menghalang kamu daripada berbaik dengannya itu. cuma kita semua memberi amaran kepada kamu, yang kamu akan menjadi musuh kami semua!" kemudian kumaira terus meluru ke arah aishah tanpa mempedulikan amaran yang diberikan kepadanya itu. aishah berkata kepada kumaira "terima kasih kerana kamu sudi membela diri saya ini" "tidak apalah itu perkara kecil saja"jawab kumaira."kumaira, apa sebenarnya salah saya terhadap kamu dan meraka semua." "tapi saya masih lagi belum bersedia untuk memberi tahu kamu tentang itu". kumaira berkata. "tidak mengapalah sekiranya begitu." aishah berkata.
.........................................................................................................................................................

"aishah buat apa kat pangkin tu" ibu aishah berkata. "sekejap lagiya aishah masuk ye bu.." aishah berkata. "nanti masuk tau" ibunya menyambung. "baiklah aishah nak hirup suasana di pantai ni".aishah berkata. "yelah". kata ibunya. persoalan yang dia fikirkan masih rancak di fikirannya.

keesokan harinya, di sekolah, keadaan masih sama. suasana yang sangat sungguh merungsikan diri nya. aishah di tarik oleh rakan-rakannya ke dalam suatu bilik yang gelap. apabila dihidupkan lampu "surprise!!!" suara serentak di dengari oleh aishah. aishah terlihat lisa serta rakan-rakan nya yang lain berada di sana juga. ternyata semua peristiwa semalam itu cuma lakonan nya untuk membuat kejutan untuk hari jadinya. lisa,kumaira serta rakan-rakannya yang lain meminta maaf kepadanya. aishah sungguh gembira dan berkata "inilah sahabatku!!!!". kemudian mereka bertiga bergelak ketawa bersama.

1 o oo komen:

Miasaranajwa said...

Mana kau rembat cerita ni? Haha, nak tiru aku lettew xp best pulak bukak blog hang, ada lagu best gitu.