rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

kelebihan ayat-kursi

Assalamualaikum,,

Actually dah lama saya nak kongsi dengan korang pasal ayat-Kursiy ni

Tapi tak jugak terungkap, akhirnya hari jugak tersingkap ceritanya…

Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan apakah maksud ayat-Kursiy

Maksudnya:

Allah, tiada tuhan melainkan Dia, yang hidup dan berdiri sendiri, tidak mengenai-Nya mengantuk dan tidur, bagi-Nya seluruh yang ada di semua langit dan seluruh yang ada di bumi. Siapakah yang member syafa’at di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui suatu pun daripada ilmu-Nya kecuali yang diizinkan-Nya. Luas kursi-Nya meliputi seluruh langit dan bumi, dan Dia tidak berat memelihara keduanya, dan Dia maha tinggi dan agung.

Ayat ini dibaca sebelum tidur, Allah akan memelihara kita daripada didekati syaitan hingga ke pagi. (maksud hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah)

An-Nasa’I, Ibn Hibban dan At-Tabari meriwayat daripada Abu Umamah, bahawa Rasulullah s.aw bersabda : “Barangsiapa membaca ayat Al-Kursiy selepas setiap solat wajib, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga apabila dia mati”

Oleh itu, jom kita amalkan ayat-kursiy ni setiap selepas solat wajib ok..

Sumber: wholesale-mart business point sdn bhd

Hope korang dapat ikhtibarnya ^_^ ye..

Sekian daripada saya- shahirah

Assalamualaikum :D

0 o oo komen: