rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Menjaga Keharmonian Hidup..


Assalamualaikum.. ^^
hai.. sorry lah ye.. Kepada semua yang baca post ni tapi pendek sangat sampai tahap kritikal ni!! Jadi cik Ariira mengambil keputusan untuk update entry ni supaya lebih banyak ilmu yang kita dapat bersama..

CARA BERADAB DALAM MASYARAKAT...

Bersikap toleransi

- Toleransi ialah bersikap tolak ansur dan berlapang dada menerima pandangan orang lain.. Sikap ini juga amat diperlukan untuk menjamin keharmonian dan perpaduan... Umat Islam perlu bertoleransi dalam cara pemakanan mengikut budaya masing-masing..

(dalam erti kata lain.. Korang kena lah bersikap tolak ansur dengan orang lain.. apatah lagi yang berlainan bangsa dan agama.. Macam yang korang semua sedia maklum.. Malaysia kan rakyatnya berbilang bangsa, jadi kalau semua orang tak nak bekerjasama, tak adalah perpaduan.. kalau tak ada perpaduan, macam mana Malaysia nak maju??? ~Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..  ~('.')~ )

Hormat - Menghormati

-Menghormati orang lain ini bermaksud tidak memandang rendah kepada orang lain... Dengan cara menghormati orang lain juga masyarakat dapat melahirkan umat yang maju dan dapat berganding bahu dalam semua aspek atau urusan dalam kehidupan seharian... Kita hendaklah beramah mesra, bercakap dengan sopan dan memanggil dengan panggilan yang baik...

( ha! sekarang ni banyak kes berlaku pergaduhan kat sekolah.. Lepastu bila tanya kenapa? sebab ejek-mengejek..  Kalau dia  panggil orang lain baik-baik, mesti tak berlaku macam ni kan? Jadi, sudah terbukti lagi termaktub bahawa amalan hormat-menghormati ni sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita...)

Tolong-Menolong

-Tolong-menolong dalam perkara yang baik sangat dituntut oleh Islam.. Tapi! Menolong dalam perkara maksiat dan kemungkaran dilarang kerana ia menambahkan keburukan kepada umat Islam..

(yang ini cik Ariira pelik! ada ke patut tolong orang buat jahat! bersubahat namanya tu~~ dalam kata lain.. bersama-samalah kita menanggung bersama dosa yang bertimbun itu.. Amboi~~ sahabat sejati betul -,-" haha xD)


Sampai disini saja lah yang dapat Cik Ariira kongsikan.. nanti kalau cik Ariira update pasal post ni Cik Ariira bagi tau kat entry yang lain eehh.. so beramai-ramailah kita menekan button follow di blog ini hihi xP

sayonara (selamat tinggal-jepun).. Arigatou gozaimasu (terima kasih-jepun) kerana sudi baca entry ini... ;)

Assalamualaikum.. ^^

0 o oo komen: