rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

kucing

semalam ada kucing datang kat saya, tiba2 je dia terus baring macam ulat gendon kat sebelah saya. pelik betullah kucing ni. warna kucing ni hitam n putih, belang2 tapi bukan harimau tau eh harimau belang kuning oren n hitam kan. salah pulak.. belang dia macam ni putih kat seluruh badan tapi hitam kat kaki, empat2 kaki dia n kat tengkuk sikit n kat atas kepala dia. kucing ni baring terus tidur. tak sedarkan diri langsung, tidur mati kot.. kucing ni macam menagih simpati pulak kat saya. tapi memang muka dia memang nampak kesian dengan muka sedih dia tu.
kucing ni tak pastilah jantan ke betina tapi kalau tengok perut dia yang besar tu macam betina ya maybe buntingkan.. ooo ye patutla asyik tidur je bunting.. tak jauh dari tempat saya duduk ada seekor lagi kucing bersam anak2 nya .. dok jilat2 bulu dia kat tepi tu.. macam tak ada kerja lain pulak tapi itu memang kerja dia pun kan.. anak dia ada 3 ekor.. semua comel2 gitu.. tiba2 pulak sikap kasih sayang kat kucing timbul pulak.. kalau la semua orang sayang kat kucing mesti tak akan berlaku kes2 orang buamg kucing kat tepi jalan kan.. alangkah bagusnya..

derita pertama (sajak)

adam ialah bapa kita
tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga nan indah
di celahan buah kuldi
waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam nan suram
tidak mengerti apa terjadi
mulutnya bisu dan kaku
ia melihat sekeliling
mulai merasa cemas gelisah
segumpal awan hinggap di kening
bingung apakah itu
sepanjang malam ia tercengang
mengalir sungai duka di hati
bagai mana ku tempuh rimba
kegelapan sendiri
sepanjang malam
air matanya membelah muka bulan

tragedi.. 28/7/11

semlm de kursus penyebelihan kat sekolah.... tapi utk form 3 je. so utk form 2 cam saya ni jadi penonton je. saya n kwn saya tngok lembu kena sembelih kat blkng surau sekolah. lembu tu bulu mata dia cantik sngt lentik pulak tu. lepas tu cikgu pun dtg smbil bwk prng pnjng. pastu saya tngok cikgu sembelih lembu tu tapi saya tak tngok sampai habis sbab kwn saya ajak masuk surau. so tak dpt lah saya tngok sampai hbis. esok nye (hari ni) kita org mkn dging lembu tu mase rehat tadi, dging nye lembut sbab baru sembelih semalam.. kita org mkn satu dulang 4 org, saya mkn dgn kwn2 saya.. pastu kita org terpisah saya dgn zu, and a'ai dgn naj, kwn saya 2 org tu kata nk pergi tandas kat sekolah.. n saya dgn zu pergi surau, pas saya dgn zu dh siap kita org pergilah tandas yg sama juga utk jumpa dia org, pastu saya ternmpk dia org pergi kantin, kami pun tunggulah.. lama pulak tu, tapi tak muncul2 juga, kita org dh tak thn lagi asyik tuggu je kita org pun terus naik kelas, tup2 dia org dh ade kat dlm kelas, kita org geram dgn dia org tu.. lepas tu dia org kata tak bwk buku science ke? kita pun baru teringat yg buku kat makmal science, geram betullah, abis tu kelas kita org kat tingkat 4, makmal kat tingkat satu.. macam ape seyh... lepas kita org amik buku tu, kita org tanyalah tadi ada pergi kantin tak pastu dia ckp tak ade pun cuma lalu je depan kantin, rupa2 nya saya salah tengok ingatkan dia org pergi kantin.. dah saya kena bebel dgn zu.. kesian betullah saya kan ..

Menjaga Keharmonian Hidup..


Assalamualaikum.. ^^
hai.. sorry lah ye.. Kepada semua yang baca post ni tapi pendek sangat sampai tahap kritikal ni!! Jadi cik Ariira mengambil keputusan untuk update entry ni supaya lebih banyak ilmu yang kita dapat bersama..

CARA BERADAB DALAM MASYARAKAT...

Bersikap toleransi

- Toleransi ialah bersikap tolak ansur dan berlapang dada menerima pandangan orang lain.. Sikap ini juga amat diperlukan untuk menjamin keharmonian dan perpaduan... Umat Islam perlu bertoleransi dalam cara pemakanan mengikut budaya masing-masing..

(dalam erti kata lain.. Korang kena lah bersikap tolak ansur dengan orang lain.. apatah lagi yang berlainan bangsa dan agama.. Macam yang korang semua sedia maklum.. Malaysia kan rakyatnya berbilang bangsa, jadi kalau semua orang tak nak bekerjasama, tak adalah perpaduan.. kalau tak ada perpaduan, macam mana Malaysia nak maju??? ~Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..  ~('.')~ )

Hormat - Menghormati

-Menghormati orang lain ini bermaksud tidak memandang rendah kepada orang lain... Dengan cara menghormati orang lain juga masyarakat dapat melahirkan umat yang maju dan dapat berganding bahu dalam semua aspek atau urusan dalam kehidupan seharian... Kita hendaklah beramah mesra, bercakap dengan sopan dan memanggil dengan panggilan yang baik...

( ha! sekarang ni banyak kes berlaku pergaduhan kat sekolah.. Lepastu bila tanya kenapa? sebab ejek-mengejek..  Kalau dia  panggil orang lain baik-baik, mesti tak berlaku macam ni kan? Jadi, sudah terbukti lagi termaktub bahawa amalan hormat-menghormati ni sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita...)

Tolong-Menolong

-Tolong-menolong dalam perkara yang baik sangat dituntut oleh Islam.. Tapi! Menolong dalam perkara maksiat dan kemungkaran dilarang kerana ia menambahkan keburukan kepada umat Islam..

(yang ini cik Ariira pelik! ada ke patut tolong orang buat jahat! bersubahat namanya tu~~ dalam kata lain.. bersama-samalah kita menanggung bersama dosa yang bertimbun itu.. Amboi~~ sahabat sejati betul -,-" haha xD)


Sampai disini saja lah yang dapat Cik Ariira kongsikan.. nanti kalau cik Ariira update pasal post ni Cik Ariira bagi tau kat entry yang lain eehh.. so beramai-ramailah kita menekan button follow di blog ini hihi xP

sayonara (selamat tinggal-jepun).. Arigatou gozaimasu (terima kasih-jepun) kerana sudi baca entry ini... ;)

Assalamualaikum.. ^^

doa penyeri kehidupan

doa ialah memohon kepada Allah yang merupakan keperluan rohani dalam kehidupan manusia. manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukannya ialah Allah. oleh itu. manusia perlu berdoa untuk mencapai sesuatu kejayaan.
doa juga menjadi saluran untuk kita memohon sesuatu kepada Allah. di samping it, doa merupakan senjata orang mukmin. hal ini dibuktikan dalam peristiwa keislaman Saidina Omar. hati Saidina Omar menjadi lembut dan memeluk Islam hasil keberkatan doa Rasullah s.a.w. . begitujuga kemenangan umat Islam dalam peperangan menentang kerajaan Parsi dan Rom hasil keberkatan doa mereka.